Bau Kasturi, Najis, dan Zina
Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.
Suatu  hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan  memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam  rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan  wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang  pedih..
Tapi  sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan  betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak  sekian lama terhadap lelaki tersebut.
Wanita  itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa  yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong.  Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan  memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai  kata-kataku ini.”
Melihat  sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap  dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga  ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu  dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur  dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.
Pemuda  itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya  sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam  najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku  dengan najis dunia yang busuk ini.”
Apabila  pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah  menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan  wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu  menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan  segera.
Lepaslah  si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia  terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri.  Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia  terus melangkahkan kakinya ke masjid.
Setelah  selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah  tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila  ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya  dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah  dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan  bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia  di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda  Kasturi..
Ingatlah,  apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang  amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak  untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun  kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya.  

No comments:
Post a Comment