Friday 29 June 2012

Rehlah Di Europe

bla la agknya dpt mlancong ke Spain???hehe

terowong yg trdpt di laluan malaga-sierra nevada, sepanyol..

foto2 kak ngah brsma fmly in-law smsa mlancong ke eurOpe!



Mukminah Mujahidah Hiasan Dunia


Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!
Hinalah mereka
Hinalah mereka yang bertudung labuh
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna
Hinalah mereka Hamba Allah yang patuh...

Hinalah mereka
Bertudung labuh hipokrit
Bertudung labuh hodoh
Bertudung labuh ketinggalan zaman...

Herdiklah mereka
Hanya kerana mereka tunduk patuh kepada suruhan Allah
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si teruna...

Mereka sanggup.. sanggup berpanasan
Dikala teriknya matahari
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram
Memikirkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya...

Perlilah mereka
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk kealiman
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik
Tetapi dusta menjadi tafsiran...

Hai mereka yang bertudung labuh
Jagalah akhlak mu
Janganlah engkau menganggap diri itu sempurna
Luruskan niat mu
Kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada suruhan Nya...

Hai mereka yang bertudung labuh
Islam itu datangnya asing
Kembalinya pun asing
Beruntunglah kau saat kau diasingkan
Kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga Nya

Hai yang bertudung labuh
Janganlah bersedih!. Janganlah berduka!.
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan anda
Kerana ingat, disisi Allah, andalah yang tinggi dan mulia..
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji...

Belajar, Belajar & Belajar


`Abdullah bin al-Mubarak mengatakan bahawa:
“Belajar ilmu itu mempunyai 3 tingkatan:
1)  Barangsiapa yang sampai ke tingkatan pertama, dia akan menjadi seorang yang sombong.  
2)  Barangsiapa yang sampai ke tingkatan kedua, dia akan menjadi seorang yang tawadhu`.
3)  Barangsiapa yang sampai ke tingkatan ketiga, dia akan merasakan bahawa dia tidak tahu apa-apa.”
ALLAHU AKBAR!  Kata-kata ini cukup dapat mengetuk jiwa ini!  Betapa terzahirnya di sekeliling kita akan kelompok-kelompok manusia sesuai dengan apa yang disebut di dalam kata-kata di atas.
Yang dimaksudkan dengan sombong bagi peringkat pertama di atas ialah dia merasakan bahawa kononnya dia sudah tahu banyak perkara.  Lalu dengan perasaan sombong dia mula berani mengatakan itu dan ini, melabel itu dan ini dan terburu-buru.  Hal ini banyak kelihatan di sekeliling kita.
Ada yang sombong, angkuh dan besar diri dengan ilmu mereka.  Ternyata mereka ini adalah golongan yang baru di peringkat awal menuntut ilmu.  Ramai di peringkat ini.  Bahkan kita semua juga masih di peringkat ini.  Kita selalu berasa diri sudah hebat dan mengatakan orang lain salah disebabkan mereka tidak sama dengan pandangan atau pendapat atau ilmu atau pengalaman kita.
Mengetahui bahawa kita masih di peringkat pertama, justeru bersabarlah.  Jangan terlalu lekas melabel.  Teruskan belajar dan belajar supaya hikmah semakin menebal di dalam diri.
Golongan yang lebih tinggi dari golongan pertama ialah segolongan yang tawadhu` dengan apa yang ada pada mereka.  Mereka merendah diri dengan ilmu mereka walaupun di dalam dada mereka sudah banyak ilmu dan pengalaman.  Sebenarnya ilmu dan pengalaman yang banyak itulah yang menyebabkan mereka faham tentang hakikat ilmu.  Lalu mereka berasa tawadhu`.
Dan yang paling tinggi dan hebat akan tingkatan ilmu mereka ialah apabila mereka merasakan mereka tidak tahu apa-apa.  Ini kerana hakikat ilmu semakin jelas dan nyata di hadapan mata dan hati mereka.  Semakin banyak pintu dan jendela ilmu yang dibuka, semakin banyak didapati pintu dan jendela ilmu yang belum dibuka.  Justeru, mereka bukan sahaja tawadhu`, bahkan lebih mulia dari itu, mereka lalu berasakan mereka tidak tahu apa-apa lantaran terlalu luasnya ilmu sehingga mereka bisa lemas di dalamnya.
Fikirkanlah dan renungkan maksud kata-kata Ibnu al-Mubarak di atas.  Moga kita dapat bermuhasabah dengannya.
ALLAHU A`LAM.
Sekadar menyampaikan sesama insan...
Selamat beramal....

Darjat Seorang Wanita:D

KEISTIMEWAAN WANITA :-


1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.

7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."

8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).

12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan

18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan

19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

Allah MahaBesar


Adab Menghadap Kekasih Hati

alt
Pernah tak anda menghadapi situasi ini? Sedang asyik belajar atau melakukan kerja di pejabat, anda terdengar azan berkumandang. Walaupun anda sedar yang sepatutnya anda meninggalkan kerja dan segera bersiap untuk solat, anda terasa berat untuk berhenti rehat seketika.
Anda fikir, 'Aku nak habiskan kerja ni dulu. Tinggal sikit lagi ni. Selepas tu aku solat lah.' Sejam kemudian, ketika waktu solat hampir habis, anda mendapati kerja anda masih belum siap dan solat masih belum dilaksanakan.
Sebenarnya, bukan mudah untuk menjaga solat. Bukan mudah, sebab perlukan mujahadah. Jadi apa yang boleh kita buat? OK, cuba kita bayangkan waktu solat itu sebagai waktu kita ber'dating' dengan Allah SWT, cinta pertama dan utama kita.
Apa? Tak pernah ada pengalaman ber'dating' sebab belum berkahwin?
Cuba bayangkan anda akan bertemu kekasih-jantung-buah-hati ataupun ahli keluarga tersayang. Mesti anda berdebar-debar, pakai baju cantik-cantik, bersiap awal dan rasa tak sabar nak bertemu dengan orang itu, kan?
Tak boleh juga?
Jangan risau. Mereka yang tak pernah ber'dating' di luar sana, cuba kita bayangkan solat itu sebagai sebuah mesyuarat. Saya pasti ramai yang pernah hadiri apa-apa bentuk mesyuarat, kan? Mesyuarat Agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa program dan lain-lain lagi.
Perasan tak, kita boleh menjaga adab-adab ber'dating' dan bermesyuarat dengan manusia lebih baik daripada adab dengan Pencipta? Mari saya senaraikan adab-adab tersebut:
Tampil bersih, berwangi-wangian dan memakai pakaian yang cantik
Cuba keluar rumah tak gosok gigi, tahi mata dan air liur basi menghiasi muka, agak-agak ada tak orang nak tengok kita? Tentu kita rasa malu. Maka, kita perlu fikir perkara yang sama apabila kita menghadap Tuhan. Kalau kita takut orang bau nafas mulut kita yang tak sedap itu, cuba kita amalkan gosok gigi setiap kali sebelum solat juga.
Kalau nak keluar rumah, biasanya kita colet minyak wangi, sembur minyak wangi sebotol dan gosok setiap inci pakaian kita. Kalau menghadap Allah kita macam mana pula? Tentulah kita perlu mempraktikkan benda yang sama juga.
Hadir di awal waktu
Kita selalu tepati waktu mesyuarat sebab kita tak nak buat orang lain tertunggu-tunggu. Mungkin orang itu akan marah dan kecewa terhadap kita. Hmm... Cuba bayangkan, betapa sabarnya Allah dengan kita selama ini. Berapa kali kita solat di awal waktu?

Tumpukan perhatian
"Alaa, awak ni kenapa? Sayang ada depan mata awak, tapi fikiran awak kat tempat lain. Ish, bencilah!"
Kalau fikiran kita melayang sewaktu ber'dating' dengan makhluk bernama manusia pun akan dimarahi. Bayangkan kalau fikiran kita melayang sewaktu ber'dating' dengan Pencipta. Dah lah tak sampai lima minit waktu yang diluangkan untuk solat, fikiran pun entah ke mana tak tumpu pada bacaan. Hmm... Yok periksa sama-sama. Cuba kita fahamkan bacaan dalam solat...
Tenang dan tidak tergesa-gesa
Apabila berada dalam mesyuarat, ada tak kita tergaru-garu, bergerak lebih-lebih depan orang ramai? Sekalipun ada semut gigit, mesti kita cuba tahan, bukan? Kalau kita boleh luangkan masa yang lama dalam mesyuarat sampai dua, tiga jam tidak tergesa-gesa, mari cuba tidak tergesa-gesa dalam menyempurnakan solat.
Tak akan ke mana urusan dunia, inikan pula kalau kita tergesa-gesa untuk hiburan semata. Sama-sama kita periksa balik, OK?
Banyakkan berkomunikasi
Salah satu tips untuk kita lebih dekat dengan seseorang adalah dengan meluangkan masa yang banyak dengan mereka. Barulah kita dapat kenal hati budi, perangai, citarasa mereka. Sama juga halnya kalau kita nak lebih rapat dengan Tuhan kita.
Banyakkanlah solat sunat dan membaca Al-Quran. Sebenarnya, semakin banyak masa yang kita luangkan untuk Allah, semakin kuat kebergantungan kita kepadaNya. Adulah semua perkara kepada Allah. Bisikkan kata-kata pujian kepadaNya. Semua ini akan kembali kepada kita, Allah tak pernah rugi apa-apa pun sekiranya kita beriman atau tidak. Kitalah yang akan rugi sebenarnya kalau kita sia-siakan masa kita dengan perkara-perkara lagha.
Baca surat cinta
Kalau kita jatuh hati pada seseorang, meminati seseorang, mesti kita akan selalu terfikir pasal dia, kan? Baca mesej dia berulang kali, 'stalk' Facebook ...senang cerita semua perkara dan perkembangan tentang dia kita nak tahu. Macam mana pula kita dengan Allah?
Bacalah Al-Quran beserta maknanya. Bayangkan Dia sedang bercakap dengan kita. Pelbagai nasihat, peringatan serta janji Allah telah termaktub dalam Al-Quran. Itulah SMS atau surat cinta yang wajib kita baca selalu ;)
Sama-sama kita kuat mujahadah kejar cinta Allah. Setiap manusia akan alami satu fatrah yang membuatkan kita rasa jauh sangat dan lalai mengingati Allah. Biasalah. Perkara itu sangat biasa sebab iman kita selalu naik turun.
Moga dapat istifadah bersama. Yok mujahadah! Wallahu'alam.

Saturday 9 June 2012

erti sahabat padaku 9jun12

Semua orang didunia ada sahabat kan?mustahil kita tidak ada sahabat walaupun seorang..Apa makna sahabat?Bagi saya,sahabat merupakan antara orang yang paling dekat dihati kita.
Tanpa mereka,siapa jugalah kita kan?berikut saya senaraikan sikit antara hadis Nabi SAW berkenaan dengan makna sahabat;
"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."
(Hadis riwayat al-Hakim)
Dari Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda ;
"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur."
(Hadis riwayat Muslim)
"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."
"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya."
(Hadis riwayat Abu Daud).
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."

Dalam islam sendiri ALLAH menggalakkan kita bersahabat,berteman,berkasih antara kita dan sebab itulah ALLAH menjadikan kita berbilang kaum dan warna kulit agar kita dapat saling kenal dan hormat-menghormati. Nah!ini terbukti apabila turunnya ayat :
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)
Sifat yang perlu ada sebagai seorang sahabat:
* Ikhlas bersahabat kerana ALLAH
* Redha menerima kekurangan sahabat kita
* Tidak mengharapkan kebaikan atau ada niat yang tersembunyi
* Sabar dan menegur sahabat dengan berhikmah
* Sayang sahabat kita seperti sayang diri sendiri
* Sanggup berkorban demi kebaikan sahabat
* Bertolak ansur dalam sesuatu perkara
* Berfikiran terbuka dalam menerima pendapatnya

Bersahabatlah kerana ALLAH,pasti indah perhubungan itu. Bersahabat juga tidak terlepas daripada berselisih faham, kita lah yang harus bijak menangani masalah itu. Jangan sampai terputus silaturrahim ini. Sahabat, maafkanlah setiap kesalahan sahabat-sahabatmu. Memohon maaf terlebih dahulu bukan bererti kita kalah atau salah tapi demi menjernihkan keadaan,tidak salah kan kalau kita tolak ego kita ketepi?

Puteri Nabi S.A.W. Fatimah Az-Zahra

Hari ini sy ingin berkongsi tntg seorg serikandi islam, iaitu puteri Rasulullah S.A.W. yg sngt disayangi olh Baginda..... beliau ialah???

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Daripada Al-Masur bin Mukharramah, dia berkata: " Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda di atas mimbar: Fatimah adalah sebahagian dari darah dagingku. Apa saja yang menyakitinya, maka akan menyakitiku. Dan apa saja yang membimbangkannya, juga akan membimbangkanku." (Bukhari Muslim)

Nama aslnya ialah Fatimah, dan kemudian digelar dgn Az-Zahra. nma Fatimah tdk prnah lepas dari pena sejarah, masyhur kemuliaan dan keagungan nya,, srta daulat keturunannya pun menamakan dirinya Bani Fatimah. ayahnya adalh seorg Rasul Allah, sedangkan ibunya bernama Khadijah bt Khuwailid. Fatimah diperisteri olh Ali Bin Abi Thalib, cucu Abdul Muttalib, pembaru Bani Hasyi, sang singa Islam padang pasir ,seorg pemuda Quraisy, srta ayah kepada Hasan & Husin, dua pemuda kesayangan Rasulullah S.A.W & pemimpin para pemuda ahli syurga.

Fatimah dilahirkan menjelang kenabian Muhammad, ayahandanya sndri, 5 thun sblum trun wahyuj prtma (menurut pndpat yg masyhur) @ mgkin lbh & mgkin pula krg dri itu. tp yg jelas dia dilahirkan disaat ayahnya mghadapi tugas kerasulan yg mulia, saat tafakur & fikiran tertumpu kpd Allah SWT, menjalani ibadah yg berpanjngan , saat mendekati usia 40 thun, saat Baginda SAW diutus utk membimbing sluruh ummat manusia, khususnya, bangsanya sndri. saat itulah Allah menghendaki kelahiran Fatimah. maka kelahiran fatimah adlah bersamaan dgn terbitnya Fajar Islam, mengiringi tugas kenabian & prjlanan kerasulan.

Ketika sedang brjln2, Rasulullah SAW brtemu dgn seorg Quraisy yg jge drpd kelas bwahan. dia melemparkan debu kpd Rasulullah smpai memenuhi kepala Baginda SAW. namun Rasulullah tetap sabar & pulang meninggalkan org trsebut dgn disertai debu yg memenuhi kepalanya. melihat kejadian itu, fatimah segera bertindak membersihkan & membasuh kepala ayahandanya sndri, diiringi linangan air mata yg membasahi pipinya.

Walhal, Rasulullah SAW sngt tdk suka melihat air mata anak-anaknya yg msih kecil. apalagi jka hal itu trjadi kpd anak perempuannya. dan akn lbh menyayat & menyeksa jka tangisan itu diarahkan utk dirinya. mka tatkala Baginda SAW melihat linangan air mata di pipi Fatimah, Baginda SAW benar2 rasa terpukul & terseksa dibuatnya. mka, utk menghiburkan anknya... Baginda berkata: " janganlah menangis anakku" . jgn kau terlalu memikirkan hal ini, sebab Allah SWT slalu menjaga ayahmu......

begitulah kasih sayang Nabi SAW terhadap anak-anaknya....

Dapat Pahala Lebih Besar Daripada Jihad Fisabilillah

Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan :

" Seorang pemuda datang kepada Nabi S.A.W. dan berkata; " Saya ingin berjihad (perang fisabilillah). Nabi S.A.W. bertanya; Apakah kedua ibubapamu masih hidup?". ya, kedua-duanya. " Di dalam melayaninya harus berjihad".

Hadith ini menunjukkan bahawa taat bakti kepada kedua orang tua lebih besar daripada berjihad fisabilillah, sbb menyuruh org itu brbakti kpd org tua , dan berjihad. oleh itu, mka sseorg tdk blh kluar utk berjihad sekiranya tdk diizinkan olh ke2 org tuanya slama mana panggilan itu tdk umum, mka ttp taat kpd ke2 org tua lbh afdhal drpd jihad fisabilillah.....

Bahz bin Hakim dari ayahnya dari neneknya berkata:

" Saya tanya pada Nabi S.A.W. ; " Ya Rasulullah, siapakah yang harus saya taat?". jawab Nabi S.A.W. "ibumu". kemudian siapakah?.jawab Nabi S.A.W. "Ibumu". kemudian siapakah? jawab Nabi; "Ibumu". kemudian siapakah? jawab Nabi, "Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang dekat dari kerabat".

wahai sahabat2,,, jaga & sayangilah ibu dan ayahmu selagi mereka masih bernyawa! berbaktilah kpd mrka sementara mrka masih ada di muka bumi ini,,,,:D