Friday 29 June 2012

Mukminah Mujahidah Hiasan Dunia


Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!
Hinalah mereka
Hinalah mereka yang bertudung labuh
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna
Hinalah mereka Hamba Allah yang patuh...

Hinalah mereka
Bertudung labuh hipokrit
Bertudung labuh hodoh
Bertudung labuh ketinggalan zaman...

Herdiklah mereka
Hanya kerana mereka tunduk patuh kepada suruhan Allah
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si teruna...

Mereka sanggup.. sanggup berpanasan
Dikala teriknya matahari
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram
Memikirkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya...

Perlilah mereka
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk kealiman
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik
Tetapi dusta menjadi tafsiran...

Hai mereka yang bertudung labuh
Jagalah akhlak mu
Janganlah engkau menganggap diri itu sempurna
Luruskan niat mu
Kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada suruhan Nya...

Hai mereka yang bertudung labuh
Islam itu datangnya asing
Kembalinya pun asing
Beruntunglah kau saat kau diasingkan
Kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga Nya

Hai yang bertudung labuh
Janganlah bersedih!. Janganlah berduka!.
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan anda
Kerana ingat, disisi Allah, andalah yang tinggi dan mulia..
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji...

No comments:

Post a Comment