Sunday, 30 September 2012

salam zulkaedah

Assalamualaikum & salam sejahtera madam Fathihin n sahabat2ku...mga kalian sntiasa dlm Rahmat & Maghfirah Allah hendaknya....dh lma sngt dri ini tdk mnulis di lman blog ni,,,bru skrg b'ksempatan utk mencoret ssuatu sbg tatapan pngikut blogku... tu pun klu ad..hehehe:D ,,, ingtkan subjek grafik lmn web dh tak wujud pd sem ni,,ttp tnggapanku silap,msih ad lg sbjek multimedia yg prlu aku hdapi dlm sem 3 ni..tp tak pe lah,,hope sem ni akn lbh baek dr sem yg lpas..insyaAllah..n smoga driku n kalian  dpt mngikuti smua kuliah n tutorial dgn sebaik mgkin n mndpt bnyk input yg berguna utk dri kta...n aku bersyukur sngt2 krn lect ksyangan kta msih brsama kta pd sem ni,,mksudnya kuliah kta msih diisi oleh madam Fathihin yg cute...he.. ok.slmat bljar smua! jgn lupa buat assngment yg smakin hri smakin bertmbah!! bittaufiq..  

Monday, 16 July 2012

Senyum sejenak

FORMULA

Miss priya : murid2, formula bg molekul air ialah H2O. faham 2?
Pelajar : Faham cikgu

Esoknya....

Miss Priya : siffina, jawab soalan saya. Apakah formula bg molekul air?
Siffina : Formula bg molekul air ialah H,I,J,K,L,M,N dan O.
Miss Priya : apa yg kamu merepek ni??
Siffina : semalam ckg kata frmula molekul air ialah H to O... jdi sy sebutlah huruf H smpai O.
Miss Priya : sakitnya kepala aku.....

??? hehehe,,,, jgn terasa! gurauan semata-mata...

Di mana Ada Kemahuan

Jgn dibiarkan kekecewaan 
Lalu membelenggumu
Kerana manusia memang
Takkan sun yi drpd kesilapan

Jgn dibiarkan
Benci dan dendam menguasaimu
Kerana Engkaulah 
Penentu destinasi hidupmu 


Jgn terus di kenang
Perkara yg sudah
Kerana saat inilah
Yang bakal menentukan 
Masa depanmu

Jgn mengeluh
Jgn mengalah
Juga jgn sesekali b'putus asa 
Kerana harapan sedia ada
Bagi yg sanggup berusaha

Percayalah cita2 & impianmu
Bisa digapai
Kerana kepercayaan itulah
Nanti sinar kekuatanmu
Kerana di mana ada kemahuan
Di situ ada jalan.....



Musibah Diri Kita

assalamualaikum w.b.t.... lma dh rsanya sy xpost kt entry..lpas b'akhrnya imthan nihaaii bru2 ini, ni plak bru bka blik blogkuuuuu.....hrap pngkut2 blogku s'tiasa chat n b'ada d bwah prlindungan Allah slalu..amin3...   hri ni sy nk brkongsi tntg sikap kta sbg seorg pljar apbla ditimpa musibah....
    
   Kita slalu b'tnya 'knape ak di uji'? Al-Quran mnjelaskan, Apakah mnusia itu mngira mrka dibiarkan sja mngatakan "kmi tlah beriman", sdangkan mrka msih blum diuji,,,,? Dan ssungguhnya KAMI tlah mnguji, orang2 yg sblum mrka, mka ssungguhnya Allah mngetahui orang2 yg benar dan ssungguhnya Dia mengetahui orang2 yg dusta.

Surah A-Ankabut (2-3)

Kita slalu brtnya 'knape ak tk dpt apa yg  diidamkan'???  Al-quran blh mnjelaskn, "Boleh jdi kmu mmbenci ssuatu, pdahal ia amat baik bagimu dan blh jdi pula kmu mnyukai ssuatu, pdahal ia amat buruk bagimu... Allah Maha Mengetahui sdang kmu tdk mngetahui"...

Surah Al-Baqarah (216)


Kita slalu brtnya 'knape ak diuji dgn ujian seberat ini? Al-Quran mnjelaskan.. "Allah tdk membebani sseorang, melainkan ssuai dgn kesanggupannya, ia mndpt pahala dri kebajikan yg diusahakan dan ia mndpt seksa dri kejahatan yg dikerjakannya"..

Surah Al-Baqarah (286)


Kita slalu brtnya 'knape kta slalu dikecewakan'??? Al-Quran mnjelaskn...," janganlah kamu bersikap lemah dan jgnlah pula kamu bersedih hati , padahal kmulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman."

Surah Al-Imran (139)


Kita slalu brtnya 'Bagaimana harusku hadapi hidup ini'??? Al-Quran mnjelaskn.., "Jadikanlah sabar dan solat sbg penolongmu... dan ssungguhnya Yang demikian berat kecuali bagi orang2 yg khusyuk."

Surah A-Baqarah (45)

Kita slalu brtnya 'Kepada siapa aku brharap'??? Al-Quran mnjelaskan..., "Jika marah dan berpaling (dari keimanan) maka katakanlah, " Cukuplah Allah bagiku tidak ada Tuhan selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah tuhan yg memiliki "Arasy yang Agung"... 

Al-Taubah (129)


kita slalu mngeluh ' sampai bla aku merana begini'?? Al-Quran mnjelaskan..., " Kerana ssungguhny ssudah kesulitan itu ada kemudahan"...

Al-Insyirah (5-6)

Sudah....jangan mengeluh lagiiii!!!

"Sesungguhnya sesiapa yang mengingati Aku(Allah) hatinya akan menjadi tenang"...

Friday, 29 June 2012

Rehlah Di Europe

bla la agknya dpt mlancong ke Spain???hehe

terowong yg trdpt di laluan malaga-sierra nevada, sepanyol..

foto2 kak ngah brsma fmly in-law smsa mlancong ke eurOpe!



Mukminah Mujahidah Hiasan Dunia


Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!
Hinalah mereka
Hinalah mereka yang bertudung labuh
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna
Hinalah mereka Hamba Allah yang patuh...

Hinalah mereka
Bertudung labuh hipokrit
Bertudung labuh hodoh
Bertudung labuh ketinggalan zaman...

Herdiklah mereka
Hanya kerana mereka tunduk patuh kepada suruhan Allah
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si teruna...

Mereka sanggup.. sanggup berpanasan
Dikala teriknya matahari
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram
Memikirkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya...

Perlilah mereka
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk kealiman
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik
Tetapi dusta menjadi tafsiran...

Hai mereka yang bertudung labuh
Jagalah akhlak mu
Janganlah engkau menganggap diri itu sempurna
Luruskan niat mu
Kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada suruhan Nya...

Hai mereka yang bertudung labuh
Islam itu datangnya asing
Kembalinya pun asing
Beruntunglah kau saat kau diasingkan
Kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga Nya

Hai yang bertudung labuh
Janganlah bersedih!. Janganlah berduka!.
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan anda
Kerana ingat, disisi Allah, andalah yang tinggi dan mulia..
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji...

Belajar, Belajar & Belajar


`Abdullah bin al-Mubarak mengatakan bahawa:
“Belajar ilmu itu mempunyai 3 tingkatan:
1)  Barangsiapa yang sampai ke tingkatan pertama, dia akan menjadi seorang yang sombong.  
2)  Barangsiapa yang sampai ke tingkatan kedua, dia akan menjadi seorang yang tawadhu`.
3)  Barangsiapa yang sampai ke tingkatan ketiga, dia akan merasakan bahawa dia tidak tahu apa-apa.”
ALLAHU AKBAR!  Kata-kata ini cukup dapat mengetuk jiwa ini!  Betapa terzahirnya di sekeliling kita akan kelompok-kelompok manusia sesuai dengan apa yang disebut di dalam kata-kata di atas.
Yang dimaksudkan dengan sombong bagi peringkat pertama di atas ialah dia merasakan bahawa kononnya dia sudah tahu banyak perkara.  Lalu dengan perasaan sombong dia mula berani mengatakan itu dan ini, melabel itu dan ini dan terburu-buru.  Hal ini banyak kelihatan di sekeliling kita.
Ada yang sombong, angkuh dan besar diri dengan ilmu mereka.  Ternyata mereka ini adalah golongan yang baru di peringkat awal menuntut ilmu.  Ramai di peringkat ini.  Bahkan kita semua juga masih di peringkat ini.  Kita selalu berasa diri sudah hebat dan mengatakan orang lain salah disebabkan mereka tidak sama dengan pandangan atau pendapat atau ilmu atau pengalaman kita.
Mengetahui bahawa kita masih di peringkat pertama, justeru bersabarlah.  Jangan terlalu lekas melabel.  Teruskan belajar dan belajar supaya hikmah semakin menebal di dalam diri.
Golongan yang lebih tinggi dari golongan pertama ialah segolongan yang tawadhu` dengan apa yang ada pada mereka.  Mereka merendah diri dengan ilmu mereka walaupun di dalam dada mereka sudah banyak ilmu dan pengalaman.  Sebenarnya ilmu dan pengalaman yang banyak itulah yang menyebabkan mereka faham tentang hakikat ilmu.  Lalu mereka berasa tawadhu`.
Dan yang paling tinggi dan hebat akan tingkatan ilmu mereka ialah apabila mereka merasakan mereka tidak tahu apa-apa.  Ini kerana hakikat ilmu semakin jelas dan nyata di hadapan mata dan hati mereka.  Semakin banyak pintu dan jendela ilmu yang dibuka, semakin banyak didapati pintu dan jendela ilmu yang belum dibuka.  Justeru, mereka bukan sahaja tawadhu`, bahkan lebih mulia dari itu, mereka lalu berasakan mereka tidak tahu apa-apa lantaran terlalu luasnya ilmu sehingga mereka bisa lemas di dalamnya.
Fikirkanlah dan renungkan maksud kata-kata Ibnu al-Mubarak di atas.  Moga kita dapat bermuhasabah dengannya.
ALLAHU A`LAM.
Sekadar menyampaikan sesama insan...
Selamat beramal....